Wednesday, November 10, 2010

Bijak Memilih

Sunnatullah, yang terbaik adalah yang akan menjadi pilihan. Walaupun di kalangan yang buruk-buruk, pasti yang terpilih adalah yang terbaik antara yang buruk tersebut.

Makanan terbaik di dunia, adalah pilihan Rasulullah SAW, seperti buah tin, delima, habbatus sauda, kismis, kurma, madu, minyak zaitun dan saffron. Saffron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang amat banyak kegunaannya, dijadikan rempah dan membuat minyak wangi. Makanan2 tersebut mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, malah hingga kini dikormesialkan untuk kegunaan kita pula.

Dalam hal memilih jodoh juga kita disarankan memilih, yakni memilih yang terbaik. Yang paling utama ialah baik dalam hal agamanya.

Walaupun setiap manusia sudah ditetapkan qada dan qadar hidupnya, terutama perkara yang tidak dapat diubah lagi contohnya kematina, namun selagi belum sampai masanya, kita ada pilihan untuk yang terbaik. Misalnya jika sakit, kita berhak memilih rawatan terbaik, hospital terbaik dan sebagainya.

Kesimpulannya hidup ini adalah berdasarkan pilihan.

Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah, atau mengingkari perintah-Nya. Allah sudah memberi petunjuk-Nya melalui Nabi yang diutuskan dan kitab yang diturunkan. Menjadi pilihan kita sama ada mahu mendalami as-sunnah dan al-kitab atau cuma hidup sesuka hati sahaja.

Malah kita diberi pilihan samada mahu memilih syurga atau neraka. Di dalam al-Quran terkandung ancaman dan berita gembira, yakni ancaman azab terhadap mereka yang beramal buruk, dan berita gembira tentang kenikmatan syurga kepada yang beramal soleh. Tidak ada malaikat yang datang menunjuk kita jalan ke syurga. Kerana itu adalah pilihan kita untuk merintis jalan yang mana yang kita mahu.

Di dalam hidup ini, kita teramat merdeka untuk membuat pilihan. Semasa di bangku persekolahan kita boleh memilih untuk menjadi pelajar yang baik atau pelajar nakal. Kita boleh memilih aliran pengajian kita. Setelah bekerja kita boleh memilih untuk menjadi pekerja yang rajin main FaceBook di frontdesk buat kerja atau pekerja yang malas macam ular sawa kenyang. Kita boleh memilih untuk bekerja dengan penuh dedikasi atau sekadar ala kadar.

Meskipun setiap benda yang berlawanan dengan kebaikan, salah satu puncanya ialah syaitan, namun kita harus ingat, di akhirat syaitan tidak akan bertanggungjawab di atas apa pilihan yang kita buat. Kita yang memilih untuk mengikut jalan mereka. Mereka tidak salah, malah mereka telah menunaikan janji terhadap Allah bahawa mereka akan menyesatkan anak Adam.

Dalam situasi sekarang ini, misalnya isu selepas Bajet 2011, isu selepas Pilihanraya Galas dan sebagainya,kita boleh memilih untuk berfikiran lebih jauh atau berfikiran sempit. Kita boleh terus membaca mobilekini ataupun meningkatkan skill berfikir dengan membaca bahan yang lebih berfaedah, ataupun dengan bertanya kepada orang yang tahu. Pendek kata, kita boleh memilih untuk meneruskan pemikiran yang sempit atau berusaha untuk menaik taraf konteks kita dalam berfikir.

Kita boleh memilih untuk terus menjadi anjing yang menyalak membuta tuli atau bersikap matang dengan bertanya kepada sumber sebenar akan sesuatu kemusykilan. Ianya sama lah seperti sebuah majalah gossip yang menghebahkan hal dalam kain artis, tanpa mereka sendiri masuk ke dalam kain tersebut. Kemudian bertindak seolah2 sebagai hero dengan informasi dari “sumber yang boleh dipercayai”.

Pilihan itu sebenarnya tidak boleh ditentukan oleh sesiapa, kerana ia berkaitan dengan mindset, cara hidup, pergaulan, suasana dan pengaruh sekeliling. Misalnya orang hulu macam saya mempunyai sifat rendah diri melampau yang menyebabkan saya tidak ada kekuatan untuk menegur KRU yang menggalakkan gadis2 terkinja2 dengan muzik khayalan mereka. Tapi seorang teman saya bertindak menghantar surat, menelefon, menghadiahkan mereka kaset-kaset (perasaan sungguh old-school) dan buku-buku berguna agar KRU tidak menghanyutkan gadis2 usia persekolahan dengan lebih jauh. Saya di situ cuma boleh bercakap belakang2 saja tentang KRU, tapi kebenaran tentang KRU hanya diketahui oleh teman saya yang berhubung dengan mereka.

Kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang positif atau negatif. Kita boleh memilih untuk melakukan yang baik atau yang keji. Kita boleh memilih untuk membantu orang atau menyusahkan orang. Kita boleh memilih untuk mengikut jalan yang biasa atau road less travel. Kita boleh memilih untuk mengambil risiko atau play safe. Jadi semuanya terletak di tangan kita. Nantinya tubuh badan kita yang akan menjawab di sana kelak, bukan orang lain.

Jadi kita harus bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita.

Oh itu cuma mukaddimah sahaja.

So, kita boleh memilih untuk buat sekarang atau buat tahun depan, atau 10 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment