Thursday, June 24, 2010

Inspirasi

Inspirasi mama sekarang nie Aina Aleesya. Semangat untuk terus dan terus meneruskan hidup ini. Lebih-lebih lagi mama gembira bila ruam Aina sudah beransur kering dan mungkin tak lama lagi akan pulih sepenuhnya. Mama doakan Aina Sentiasa sihat dan dijauhi dari penyakit yang kronik. Tak de lah pening kepala mama. Tak saba nak balik awal mama nak melihat wajah Aina senyuman yang membuatkan mama rindu sangat walaupun sedetik tak jumpa. Balik-balik rumah mama dikejutkan dengan kenyataan oleh mak mentua agar menghentikan penyusuan terhadap baby Aina Aleesya. Apa yang mama rasa ini lah antara dugaan yang paling getir dalam proses penyusuan mama setakat ini. Tapi berkat pengetahuan dan pembacaan selama ini, mama tak mungkin akan melatah dengan kenyataan yang mama kira tak masuk dek akal. Mama akan teruskan juga usaha dan susah payah yang telah diharungi selama ini. mama akan meneruskan impian dan cita-cita khas untuk Aina Aleesya. Insyallah

Wednesday, June 23, 2010

Atitude - Good or Bad

Masa di perlukan. Sebenarnya tiada istilah tidak cukup masa. Apa yang penting cara kita menguruskan masa kita...Antara punca kenapa tak update blog ini bukan sebab tak de masa tiada idea pun menjadi punca kenapa blog ini tak bergerak-gerak

Monday, June 14, 2010

Hari yang membuat kan mama tersenyum sendiri

Kekadang buatkan aku tersenyum sendirian bila mengenangkan tingkah laku Puteri Kesayangan Aina Aleesya yang semakin meningkat perkembangannya. Sekarang dia suka tersenyum dan senget kan kepala melihat wajah kita. Tuhan je yang tahu bertapa cute nyer dia wat cam tuh... bila mama teringat balik boleh buat mama ketawa sendiri. Terasa rapat yang lain macam mungkin hasil kita menyusukan nya dengan susu ibu. Syukur kepada illahi kerana diberikan rezeki menyusukan anak sendiri.