Thursday, March 31, 2011

Senyum2 basah lagi

Perkembangan bayi dah mencapai 2 bulan seminggu usianya. Nampaknya muaz semakin aktif dan cukup kuat menyusu. Alhamdullilah. Susu juga semakin bertambah. Wah baju yang saya beli saiz besar-besar skrg cukup2 muat kat badan muaz sekarang ni. Nampaknya saya kena tambah saiz pada baju-baju muaz sekarang ini. Semua nampaknya da semakin geram dengan mazel muaz berketul2 pipi pun da semakin semacam pau. Pandai senyum bila ada hal yang mengelikan hati dia spt org agah dia. Yg paling tak tahan bila senyum keluar lesung pipit wp x banyak tapi mama sukee. Semakin besar dia semakin jarang menangis. bawak Pergi shopping pun tak banyak ragam. Baik nya la muaz ni.

Saturday, March 26, 2011

Stop


Tidur la kakak

Nie la penyakit kat anak dara saya sorang Nampaknya harapan untuk aina masuk tidur tepat 8 mlm masih di dalam percubaan, tidak nampak tanda2 kejayaan. Sebelum2 ini tepat 8mlm paling lewat 8.15 or 8.30mlm adalah time2 aina tido. Tetapi sejak muaz lahir time tido nya dah berubah. Itu yang serba sedikit bikin hati mama risau. Takut sangat dia tak cukup tido. Ok nampak nya saya kena buat plan cam ne nak bagi dia tido pd waktunya. Apa! Bagi ubat batuk aje ke gila? Aina demam or batuk pun mama berat nak bagi ubat2 doktor tu. Ni pulak dia tak sakit. Bak kata fara fauzana Ya Ampun!. Ni pun fara tiru dialog orang indon. Kredit bagi kat bahasa org indon. Cadangan suh bagi ubat batuk cadang sukar tuk di terima wei....hmm...camne yee...masalahnya puas da mama pujuk dia tido. Macam hari ini pukul 10 mlm baru dia nak lelap mata.
Anak mama yang suka buat muka x bersalah

Nie la budak yang liat sangat tido.

Friday, March 25, 2011

Berbahagia kah saya sebagai mama?

Perkembangan muaz sehingga kini 2bulan sangat memberangsangkan. Ya rabbi...ingat kan aina kakaknya sudah cukup aktif masa kecil nye..tetapi muaz nampaknya tak boleh duduk diam...sentiasa shj bergerak-gerak. Mahu di teman dan layani selalu. Nasib wan n atuk xjemu2 main n layan muaz. Dapat la mama nya bertenang sedikit. Muaz yang semakin hari semakin sihat dan kuat, maaf la mama tak sempat2 lagi nak repair rambut muaz tu. Nanti mama buang n botak kan muaz bia lagi segak. Bukan apa mama amat sibuk menyediakan keperluan muaz yang lebih-lebih penting dari itu semua. Mama akan tidak bahagia selagi tidak dapat memenuhi keperluan mu yang satu ini. Hari berganti hari mama gigih dan tanpa jemu mengumpulkan susu secukupnya buat muaz Ini mama rasa melibat masa depan kamu dunia akhirat selagi mama mampu dan selagi mama ada peluang. Menyediakan hak2 yang sepatutnya di berikan kepada muaz merupakan kebahagiaan sebenar mama!

Thursday, March 24, 2011


Kurang da penyakitnya

Syukur la muaz da sembuh dari penyakit yg dihidapi. Terima kasih doct yang merawat muaz. Anda memang pakar. Tengok sejak muaz sembuh dari penyakit miezel nye kulit nye dah tak macam pakcik jery da. Tapi putih kit je. Tapi ok la. Agaknya dia nak Bersalin kulit, itu yang kene campak kecil tu kot..bagus la da beransur pulih, sekurang2nya kurang la menangis.

Wednesday, March 23, 2011

Taman di sentosa

Jelas tergambar kegembiraan kat wajah Aina bila kami bawa dia jalan-jalan kat taman kat seri sentosa ni. Dok perati gelagat dia je, terhibur kami, yang penting aina gembira bermain, sebab pagi tadi tak bawak dia bawak muaz tu pun bwak pergi hospital. Kesian tengok aina terperuk kat rumah.