Showing posts with label Rutin. Show all posts
Showing posts with label Rutin. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Persiapan

Macam biasa Persiapan yang dimaksudkan adalah dari segi mental dan fizikal bagi melalui fasa yang penting juga iaitu fasa berkerja. Eham...surirumah hanya untuk 3bulan sahaja. Lepas tuh masuk fasa yang agak mencabar fasa berkerjaya. Dah lama tinggal kena fikir balik refresh balik perkara nak buat tapi itu semua bila da start kerja nanti. Sekarang ni more Kpd persiapan buat si kecik. First kena ajar dia minum ebm. w/pun Bukan kali pertama muaz minum ebm (minum susu perahan). Hehe biasa la nak g kedai jap terpaksa tinggal muaz supaya senang nak carik barang so nenek dia bagi la minum susu perahan yang ditinggalkan. Ops... Kena teruskan latihan agar tak mengelabah bila dah start kerja nanti. Ada masa lebih kurang 15hari shj untuk kerja...hm alahai...

Tuesday, April 05, 2011

2 bulan imunisasi

Muaz ambil imunisasi untuk umur 2bln. Ari masa muaz genap2 2bulan memang ayah muaz ada bgtau untuk buat injection tapi masa tu ruam muaz belum reda lagi so lebih kurang lewat satu minggu. Tapi tak jd apa2 masalah. Yang penting da settle. Berat muaz jangan terkejut 6.7kg timbang kus semangat. Bagus la muaz sehat. Muaz tak menangis pun syabas muaz memang mere beateh...kuat hea...mama da siap2 bagi ubat demam..sebab doktor kate takut baby demam. Mama pun takut so kene bagi makan ubat. Tapi sepanjang aina ambil imunisasi mama xpenah bagi ubat demam dan dia tak pernah demam. Kakak memang power yer. Nanti next umo 3bulan pulak. Dahhh...

Saturday, March 26, 2011

Tidur la kakak

Nie la penyakit kat anak dara saya sorang Nampaknya harapan untuk aina masuk tidur tepat 8 mlm masih di dalam percubaan, tidak nampak tanda2 kejayaan. Sebelum2 ini tepat 8mlm paling lewat 8.15 or 8.30mlm adalah time2 aina tido. Tetapi sejak muaz lahir time tido nya dah berubah. Itu yang serba sedikit bikin hati mama risau. Takut sangat dia tak cukup tido. Ok nampak nya saya kena buat plan cam ne nak bagi dia tido pd waktunya. Apa! Bagi ubat batuk aje ke gila? Aina demam or batuk pun mama berat nak bagi ubat2 doktor tu. Ni pulak dia tak sakit. Bak kata fara fauzana Ya Ampun!. Ni pun fara tiru dialog orang indon. Kredit bagi kat bahasa org indon. Cadangan suh bagi ubat batuk cadang sukar tuk di terima wei....hmm...camne yee...masalahnya puas da mama pujuk dia tido. Macam hari ini pukul 10 mlm baru dia nak lelap mata.
Anak mama yang suka buat muka x bersalah

Nie la budak yang liat sangat tido.

Monday, March 21, 2011

Last visit after postnatal

Alhamdullilah... selesai sudah rawatan sebelum dan sesudah bersalin saya selama lebih kurang 11 bulan. Macam byk jer bunyi dia tapi tak sampai pun 15 visit. Everything ok aku angap bengkak2 susu bernanar jangkitan kuman tu dugaan tuhan kat saya dan baby, mungkin rezeki baby setakat mana yang tuhan nak bagi Apa pun nah muaz yang tombam la hasil nya. Lepas nie tanak dah, cukup-cukup dulu. Kesian baby. Nanti macam kontrovesi yang tak sedap berlaku yang jadi mangsa baby yang baru lahir. Walaupun macam senang je, maklumlah da lulus 3bulan. Tapi mulut2 di persekitaran yang tak lulus2 lagi. Hendak di buat donno pun tak boleh jugak. Orang2 Itu adalah orang-orang trdekat kita. Tapi ini semua tuhan punya kuasa. Kita duk kelentang kelentung cakap tak nak banak tetiba je da boyot tu ape cite? Ce cite, rancang2 pun klu tuhan tak izin tak menjadi gak kan. Tapi anyway saya memang amat syukur dengan keadaan saya sedia ada. Asal saya tenang dan bahagia bersama famili sudah memadai. Amin

Thursday, March 17, 2011

Tidur la sayang....

Perubahan yang ketara pada Aina sejak2 dia dapat muaz adiknya, Susah nak tidur awal sudah jadi lewat 2 jam. Tapi saya cuba untuk pastikan anak saya mendapat tidur secukupnya. Walau pun bukan senang.... Tidur la sayang...kadang-kadang dek nak tido kan aina sampai tergendala segala kerja. Susah- agak la pada mula nya. Tapi apabila da terbiasa getting better. Kaum ibu kena banyak bersabar melayan kerenah anak, itu belum yang lain2 lagi. Tapi jangan takut pulak...insyallah setiap anak x sama ragamnya.

Thursday, December 16, 2010

Cuci-cuci mata JJ MidValley

JCard Member sale MidValley bermula 15 & 16 Disember 2010 Sahaja. Aku nie sibuk jer w/p sebenarnya JJ Card tu aku pinjam jer..Bukan ape suka la nak tengok-tengok ape yang sale kat situ. But nothing much, aku ngan husband pun hanya cuci-cuci mata tak de nak beli ape, w/p sebenarnya matlamatnyer nak cari hadiah mamat adik aku yang nak kawin minggu nie kat taman tasik selatan. Kesimpulannya x beli pun sebabnya potongan harga yang ditawarkan tidak menarik dan tidak memberangsangkan sama sekali. Sempat juga terserempak gak ngan abang J n K. Ila. ..shopping jangan tak shopping...Sampai jer uma, ala ala aina sayang mama tuh dah tido dalam buai pulak. So aku transfer dalam bilik. Past tuh aktiviti biasa tgk TV bersama husband..now kitaorang tengah nak layan cite astro Bachelor (London) tapi mintak maaf yer tuan/puan sekalian kami dua-dua tertido.....zzzzzz zzzzz hehehehe