Showing posts with label Muaz. Show all posts
Showing posts with label Muaz. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Persiapan

Macam biasa Persiapan yang dimaksudkan adalah dari segi mental dan fizikal bagi melalui fasa yang penting juga iaitu fasa berkerja. Eham...surirumah hanya untuk 3bulan sahaja. Lepas tuh masuk fasa yang agak mencabar fasa berkerjaya. Dah lama tinggal kena fikir balik refresh balik perkara nak buat tapi itu semua bila da start kerja nanti. Sekarang ni more Kpd persiapan buat si kecik. First kena ajar dia minum ebm. w/pun Bukan kali pertama muaz minum ebm (minum susu perahan). Hehe biasa la nak g kedai jap terpaksa tinggal muaz supaya senang nak carik barang so nenek dia bagi la minum susu perahan yang ditinggalkan. Ops... Kena teruskan latihan agar tak mengelabah bila dah start kerja nanti. Ada masa lebih kurang 15hari shj untuk kerja...hm alahai...

Tuesday, April 05, 2011

2 bulan imunisasi

Muaz ambil imunisasi untuk umur 2bln. Ari masa muaz genap2 2bulan memang ayah muaz ada bgtau untuk buat injection tapi masa tu ruam muaz belum reda lagi so lebih kurang lewat satu minggu. Tapi tak jd apa2 masalah. Yang penting da settle. Berat muaz jangan terkejut 6.7kg timbang kus semangat. Bagus la muaz sehat. Muaz tak menangis pun syabas muaz memang mere beateh...kuat hea...mama da siap2 bagi ubat demam..sebab doktor kate takut baby demam. Mama pun takut so kene bagi makan ubat. Tapi sepanjang aina ambil imunisasi mama xpenah bagi ubat demam dan dia tak pernah demam. Kakak memang power yer. Nanti next umo 3bulan pulak. Dahhh...

Thursday, March 31, 2011

Senyum2 basah lagi

Perkembangan bayi dah mencapai 2 bulan seminggu usianya. Nampaknya muaz semakin aktif dan cukup kuat menyusu. Alhamdullilah. Susu juga semakin bertambah. Wah baju yang saya beli saiz besar-besar skrg cukup2 muat kat badan muaz sekarang ni. Nampaknya saya kena tambah saiz pada baju-baju muaz sekarang ini. Semua nampaknya da semakin geram dengan mazel muaz berketul2 pipi pun da semakin semacam pau. Pandai senyum bila ada hal yang mengelikan hati dia spt org agah dia. Yg paling tak tahan bila senyum keluar lesung pipit wp x banyak tapi mama sukee. Semakin besar dia semakin jarang menangis. bawak Pergi shopping pun tak banyak ragam. Baik nya la muaz ni.