Monday, March 21, 2011
Last visit after postnatal
Alhamdullilah... selesai sudah rawatan sebelum dan sesudah bersalin saya selama lebih kurang 11 bulan. Macam byk jer bunyi dia tapi tak sampai pun 15 visit. Everything ok aku angap bengkak2 susu bernanar jangkitan kuman tu dugaan tuhan kat saya dan baby, mungkin rezeki baby setakat mana yang tuhan nak bagi Apa pun nah muaz yang tombam la hasil nya. Lepas nie tanak dah, cukup-cukup dulu. Kesian baby. Nanti macam kontrovesi yang tak sedap berlaku yang jadi mangsa baby yang baru lahir. Walaupun macam senang je, maklumlah da lulus 3bulan. Tapi mulut2 di persekitaran yang tak lulus2 lagi. Hendak di buat donno pun tak boleh jugak. Orang2 Itu adalah orang-orang trdekat kita. Tapi ini semua tuhan punya kuasa. Kita duk kelentang kelentung cakap tak nak banak tetiba je da boyot tu ape cite? Ce cite, rancang2 pun klu tuhan tak izin tak menjadi gak kan. Tapi anyway saya memang amat syukur dengan keadaan saya sedia ada. Asal saya tenang dan bahagia bersama famili sudah memadai. Amin
Saturday, March 19, 2011
Miezle...sbr ye muaz
Sama seperti kakaknya masa kecik kini tiba giliran muaz pula di serang penyakit atau dengan nama lain ia lebih kurang dengan penyakit campak tapi tidak seteruk campak kerana bintik2 merah halus yang banyak penyakit campak bintik2 merah yang besar2, tetapi gatal dan menangis malam itu sudah mesti. Berkat pengalaman lalu mengajar saya so lebih tenang nak handle keadaan baby yang sakit itu. Allahmdulilah telah selamat dibawa jumpa doktor cheong dari klinik kwok. Di sebabkan klinik kanak2 yang kakak selalu buat rawatan tutup sehingga jumaat jadi nya terpaksa bawa muaz mencuba nasib di klinik yang buka. Kita tengok bagaimana penerimaan muaz terhadap ubat-ubatan kat klinik tuh. Baik ke tidak ruam muaz ni.
Friday, March 18, 2011
Saya terkilan dan sedih...kadang-kadang bila memikirkan perkara ini menyebabkan cita.-cita dalam memajukan diri dalam kerjaya terbantut tergendala, rasanya biarla sampai bila-bila saya berada ditempat saya yang sedia ada. Dek rasa kekecewaan ini, saya tak mahu rasa sebegini di rasai oleh org lain seperti mana yang saya rasa. Biarlah saya seorg memendam rasa dan perasaan. Biarla orang buat saya, minta-minta jangan kekecewaan orang lain datang dari saya. Minta dijauhkan. Mungkin banyak hikmah lain dengan apa yang ditakdirkan untuk saya pada kali ini.
Thursday, March 17, 2011
Tidur la sayang....
Perubahan yang ketara pada Aina sejak2 dia dapat muaz adiknya, Susah nak tidur awal sudah jadi lewat 2 jam. Tapi saya cuba untuk pastikan anak saya mendapat tidur secukupnya. Walau pun bukan senang.... Tidur la sayang...kadang-kadang dek nak tido kan aina sampai tergendala segala kerja. Susah- agak la pada mula nya. Tapi apabila da terbiasa getting better. Kaum ibu kena banyak bersabar melayan kerenah anak, itu belum yang lain2 lagi. Tapi jangan takut pulak...insyallah setiap anak x sama ragamnya.
Wednesday, March 16, 2011
Kakak jangan buat adik
Adus...kadang-kadang naik
Kesian tengok
Kakak aina yang perlu kan perhatian di mana perhatian terhadap dirinya telah dikongsi bersama adiknya muaz. Kita nak marah pun bila fikir semula rasa kesian wp kadang2 kakak boleh merbahayakan adiknya.
Kesian tengok
Kakak aina yang perlu kan perhatian di mana perhatian terhadap dirinya telah dikongsi bersama adiknya muaz. Kita nak marah pun bila fikir semula rasa kesian wp kadang2 kakak boleh merbahayakan adiknya.
Tuesday, March 15, 2011
Running up time
Begini lah hidup. Apa yang kita kecapi kini x mungkin kita kecapinya pada masa akan datang. Dan menda yg kita nak dan ianya tiada skg xsemisti x kita dpt masa akan dtg. Kne byk bersabar dan berusaha terus. Sekarang sedang berperang untuk mengumpul rezeki untuk baby muaz. Masa da tak banyak. Aku kesuntukan masa sebelum mula bekerja. Risau yg teramat sangat. Wp ramai yg memperlekehkn niat aku untuk full breastfeeding tapi aku rasa dari dlm naluri ianya amat penting dan tidak wajar untuk aku abaikan niat untuk kumpul susu standby bila mula bekerja kelak. Kecewa rasanya bila gagal capai apa yang telah diniatkan. Tetapi aku pasrah kalau itu da jadi suratan untuk baby muaz yang umur nya menjangkau sebulan lebih. Berat rasanya untuk meninggalkn rutin direct feeding bila da mula bekerja lagi menyedihkan bila kena campur dengan formula milk. Ya allah kuatkan lah semangat ku untuk usahaku buat baby muaz. Jauhkan dari penyakit M beso dari hadir dlm diriku. Amin.
Wednesday, December 29, 2010
aku selsema
haaai....mana semua orang nie...i selsema alamak nak buang sisa lorr...so tiada la orang nak tengok2 aku bila aku menyah'kan aku punyer toc'six nie...selalu nyer...ade jer...yang pandang2 kan.......similiar mcm aku pandang2 kalu jiran miran aku berbuat mende same..(sape..****? tut....) tapi alamak tak de orang aku nak kacau...utk hari nie....sok luse tak tau lagi yah......hmmm....
Thursday, December 16, 2010
Cuci-cuci mata JJ MidValley
JCard Member sale MidValley bermula 15 & 16 Disember 2010 Sahaja. Aku nie sibuk jer w/p sebenarnya JJ Card tu aku pinjam jer..Bukan ape suka la nak tengok-tengok ape yang sale kat situ. But nothing much, aku ngan husband pun hanya cuci-cuci mata tak de nak beli ape, w/p sebenarnya matlamatnyer nak cari hadiah mamat adik aku yang nak kawin minggu nie kat taman tasik selatan. Kesimpulannya x beli pun sebabnya potongan harga yang ditawarkan tidak menarik dan tidak memberangsangkan sama sekali. Sempat juga terserempak gak ngan abang J n K. Ila. ..shopping jangan tak shopping...Sampai jer uma, ala ala aina sayang mama tuh dah tido dalam buai pulak. So aku transfer dalam bilik. Past tuh aktiviti biasa tgk TV bersama husband..now kitaorang tengah nak layan cite astro Bachelor (London) tapi mintak maaf yer tuan/puan sekalian kami dua-dua tertido.....zzzzzz zzzzz hehehehe
Wednesday, December 15, 2010
Semangat yang ilang...
Genap usia kandungan aku masuk 32 minggu, badan pun dan semakin berat, keaktifan baby pun dah agak luar biasa sepertinya tak sabo2 nak kua gamaknya. Rambut aku pun dah semakin pulih jarang nak gugur2 compare masa awal mengandung. Sekarang pun dah jarang menyusukan aina cuma bila nak tidor kan dia ' mengempeng sekejap' aku pun tak pasti ade ker tidak susu, banyak mana kuantitinya..yang penting aina senang tido. Apa yang aku perati, preparation untuk baby kali nie dari segi spiritual tak macam yang first -selalu suka culas-culas, Kalo dulu tiap pagi baca quran tapi ntah yang ini - interaksi dengan baby pun x sekerap dulu, pemakanan pun main belasah jer. Kalau Si Aina dulu pantang orang kata makan ini nanti senang bla...bla ....bla.... Bergegas pi cari mende2 yang disarankan tuh...Sekarang w/p dah tahu buat endah tak endah jer...jer ...Semangat yang ilang.....
Termasuk Check up yang ari tuh...dalam 6 kali check up dah 4 kali doktor mengulang kata baby kali nie baby BOY , tapi aku x kesah sangat boy or girl, dua-dua aku suka jer....
Termasuk Check up yang ari tuh...dalam 6 kali check up dah 4 kali doktor mengulang kata baby kali nie baby BOY , tapi aku x kesah sangat boy or girl, dua-dua aku suka jer....
Monday, December 13, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)

