Thursday, June 24, 2010

Inspirasi

Inspirasi mama sekarang nie Aina Aleesya. Semangat untuk terus dan terus meneruskan hidup ini. Lebih-lebih lagi mama gembira bila ruam Aina sudah beransur kering dan mungkin tak lama lagi akan pulih sepenuhnya. Mama doakan Aina Sentiasa sihat dan dijauhi dari penyakit yang kronik. Tak de lah pening kepala mama. Tak saba nak balik awal mama nak melihat wajah Aina senyuman yang membuatkan mama rindu sangat walaupun sedetik tak jumpa. Balik-balik rumah mama dikejutkan dengan kenyataan oleh mak mentua agar menghentikan penyusuan terhadap baby Aina Aleesya. Apa yang mama rasa ini lah antara dugaan yang paling getir dalam proses penyusuan mama setakat ini. Tapi berkat pengetahuan dan pembacaan selama ini, mama tak mungkin akan melatah dengan kenyataan yang mama kira tak masuk dek akal. Mama akan teruskan juga usaha dan susah payah yang telah diharungi selama ini. mama akan meneruskan impian dan cita-cita khas untuk Aina Aleesya. Insyallah

Wednesday, June 23, 2010

Atitude - Good or Bad

Masa di perlukan. Sebenarnya tiada istilah tidak cukup masa. Apa yang penting cara kita menguruskan masa kita...Antara punca kenapa tak update blog ini bukan sebab tak de masa tiada idea pun menjadi punca kenapa blog ini tak bergerak-gerak

Monday, June 14, 2010

Hari yang membuat kan mama tersenyum sendiri

Kekadang buatkan aku tersenyum sendirian bila mengenangkan tingkah laku Puteri Kesayangan Aina Aleesya yang semakin meningkat perkembangannya. Sekarang dia suka tersenyum dan senget kan kepala melihat wajah kita. Tuhan je yang tahu bertapa cute nyer dia wat cam tuh... bila mama teringat balik boleh buat mama ketawa sendiri. Terasa rapat yang lain macam mungkin hasil kita menyusukan nya dengan susu ibu. Syukur kepada illahi kerana diberikan rezeki menyusukan anak sendiri.

Tuesday, May 11, 2010

Monday, April 26, 2010

Bawak Aina mandi kat ulu yam. Em.. Aina Takut air yerr....tapi seronok mandi...yer aina mama, menjerit2 dia memang suka air. Sangat cute. Aina tahan sejuk yer. Hari nie pilihan raya Hulu Selangor. ok memang meriah dengan berbagai banner digantung.

Speed reading

Minggu lepas, aku baru lepas kursus speed reading. Kursus yang bagus di mana boleh membantu aku membaca dengan laju. ceh wah....Kami diajar membaca perkataan, number dengan catatan masa. Semakin lama semakin tough. Memang terpina2 mata nak capture huruf dengan masa2 yang telah diberikan. Tetapi memang challenging habis. abih challenging sebab duk dengan sorang mamat nie.

Monday, January 04, 2010

Komuter pertama - Aina Aleesya 6 Bulan

Aina masa pakai baju baru beli kat pureen


Pada cuti ari tu kami sekeluarga berbondong-bondong naik komuter ke SOGO. Letih nya sebab berat Aina masa tu dah hampir 10KG. Larat tak larat bawa dia jalan2. Tapi memang satu pendedahan buat Aina yang dah masuk 6 Bulan.

Thursday, January 15, 2009

KFC

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru memboikot barangan Amerika atau Israel. Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim berkata, tiada bukti menunjukkan KFC menyokong atau menjayakan tindakan Israel ke atas Palestin. "Saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan, menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel. "Umat Islam atau warganegara Malaysia khususnya perlu kurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkaan milik Amerika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang Amerika semata-mata. " "Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik, saya pernah membicarakan perkara ini beberapa kali dalam ceramah-ceramah saya, pendekatan yang lebih wajar dan logik adalah kita ramai-ramai usahakan untuk mendapatkan KFC dari Amerika," katanya ketika ditemui sidang media Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin. Beliau berkata, kita boleh mengambil pedoman dari syarikat India yang mengambil alih perniagaan besi dunia". "Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun. " "Majoriti pekerja KFC dan Pizza Hut beragama Islam dan jadi kita perlulah sedar hakikat ini .