Monday, September 27, 2010

terujanyer....

Lama betul tidak menulis di blog nie, banyak sebenarnya hendak dikongsikan tetapi disebabkan ketiadaan mood menulis menyebabkan hasrat tergendala.

Banyak perubahan yang telah berlaku terutama pada perkembangan diri aku yang dah masuk penghujung trimester ke- 2, kadar penyusuan Aina Aleesya, keletah Aina Aleesya perkembangan yang sentiasa ada sahaja akal yang dia nak dibuat. Biasalah budak yang tengah membesar sentiasa ingin explore mende-mende baru menyebabkan kita kadang-kadang rasa kagum rasa kebesaran Allah tuh Wah...cukup kita rasa Ya Allah bersyukurnya dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita berbanding dengan orang lain.

Melihat perkembangan anak yang meningkat 14 bulan, cukup teruja dan tak sabar meniti hari dengan perubahan dan keletah2 anak Al maklum la anak baru sorang . W/pun Keadaan aku yang agak teruk sensitif nyer berbanding masa mengandungkan Aina Aleesya dulu, sekarang nie kandungan telah dah masuk 6 bulan,sepatutnya aku dah senang tiada alahan tetapi sehingga sekarang masih mengalaminya, kadang2 menyekat kerja2 aku,apa yang ketara aku sentiasa murung --- mujurlah ada suami yang memahami dan banyak membantu selama ini.

Betul lah kata orang setiap anak tuh tak sama. Itulah yang aku alami sekarang. Apa pun aku tetap bersyukur.

Sekarang berat mama pun dah mencapai 71 Kg dari 63Kg penyusuan Aina tidak sekerap semasa sebelum-sebelum nie, alhamdullilah dia telah di berikan susu soya sebagai tambahan makanan pelengkap zat yang diperlukan. Cuma yang menyedihkan hasrat aku untuk tidak memperkenalkan garam dan gula kepada Aina Aleesya amat mengecewakan dan tidak mendapat sambutan dan kerjasama. Mungkin ketidakfahaman tentang kaedah pemakanan baby - my MIL - (malas nak kecik kan hati dia) so setakat nie aku buat diam nak buat cam ner. Aina Aleesya dah tak mengikut cara pemakanan yang aku inginkan. Sabar jer la midah...

Wednesday, July 21, 2010

Berjalan dah

Em...cute sangat tengok sayang mama bukan main ligat ke hulu hilir al maklum baru mendapat kaki (baru pandai berjalan) yang paling seronok ialah nenek dengan atuk nya menengok aina aleesya terkedek2 berjalan jatuh. Genap setahun rupa nyer itu pun sebab mama lambat untuk belikan walker dia. Aina Aleesya umur 8 bulan baru start naik walker MY DEAR nyer...

Tuesday, July 06, 2010

Mengandung Lagi....

Mama tak sangka pula dalam dugaan perjalanan kehidupan seharian sedar tak sedar mama dah 2 bulan baby nie dalam perut mama, cerita nya macam nie, memang hari tu baru je buat ujian pregnent test. memang negetif. Tetapi mama tak puas hati sebab rasa badan lain. Cepat penat. Rasa pening-pening kepala. Loya- loya. Last-last memang pregnant test kat watson menjadi pilihan ---------- masa Aina Aleesya pun mama sentiasa pakai brand tu juge. Bila test sah positif. huhu.... terus g clinic untuk confirm kan kesahihan nya. Tup-tup doktor kata dah dua bulan. Apa yang menjadi kebimbangan - SUSU - cukup ker...masa tak tahu tu memang hairan kenapa sejak dua menjak susu semakin berkurang. Stok kat peti pun amat menyedihkan semakin susut....sampai bila agaknya keadaan ini akan terus berlarutan -------Sian..baby mama aina aleesya.. tak sanggup rasanya mama nak bagi susu selain dari susu ibu..tetapi kalau keadaan nie terus berlarutan mama tak boleh nak buat apa-apa sayang... walaupun bagi susu soya..tetapi mama sentiasa berdoa dan terus berdoa agar keadaan ketandusan susu tidak akan berpanjangan.....

Thursday, June 24, 2010

Inspirasi

Inspirasi mama sekarang nie Aina Aleesya. Semangat untuk terus dan terus meneruskan hidup ini. Lebih-lebih lagi mama gembira bila ruam Aina sudah beransur kering dan mungkin tak lama lagi akan pulih sepenuhnya. Mama doakan Aina Sentiasa sihat dan dijauhi dari penyakit yang kronik. Tak de lah pening kepala mama. Tak saba nak balik awal mama nak melihat wajah Aina senyuman yang membuatkan mama rindu sangat walaupun sedetik tak jumpa. Balik-balik rumah mama dikejutkan dengan kenyataan oleh mak mentua agar menghentikan penyusuan terhadap baby Aina Aleesya. Apa yang mama rasa ini lah antara dugaan yang paling getir dalam proses penyusuan mama setakat ini. Tapi berkat pengetahuan dan pembacaan selama ini, mama tak mungkin akan melatah dengan kenyataan yang mama kira tak masuk dek akal. Mama akan teruskan juga usaha dan susah payah yang telah diharungi selama ini. mama akan meneruskan impian dan cita-cita khas untuk Aina Aleesya. Insyallah

Wednesday, June 23, 2010

Atitude - Good or Bad

Masa di perlukan. Sebenarnya tiada istilah tidak cukup masa. Apa yang penting cara kita menguruskan masa kita...Antara punca kenapa tak update blog ini bukan sebab tak de masa tiada idea pun menjadi punca kenapa blog ini tak bergerak-gerak

Monday, June 14, 2010

Hari yang membuat kan mama tersenyum sendiri

Kekadang buatkan aku tersenyum sendirian bila mengenangkan tingkah laku Puteri Kesayangan Aina Aleesya yang semakin meningkat perkembangannya. Sekarang dia suka tersenyum dan senget kan kepala melihat wajah kita. Tuhan je yang tahu bertapa cute nyer dia wat cam tuh... bila mama teringat balik boleh buat mama ketawa sendiri. Terasa rapat yang lain macam mungkin hasil kita menyusukan nya dengan susu ibu. Syukur kepada illahi kerana diberikan rezeki menyusukan anak sendiri.

Tuesday, May 11, 2010

Monday, April 26, 2010

Bawak Aina mandi kat ulu yam. Em.. Aina Takut air yerr....tapi seronok mandi...yer aina mama, menjerit2 dia memang suka air. Sangat cute. Aina tahan sejuk yer. Hari nie pilihan raya Hulu Selangor. ok memang meriah dengan berbagai banner digantung.

Speed reading

Minggu lepas, aku baru lepas kursus speed reading. Kursus yang bagus di mana boleh membantu aku membaca dengan laju. ceh wah....Kami diajar membaca perkataan, number dengan catatan masa. Semakin lama semakin tough. Memang terpina2 mata nak capture huruf dengan masa2 yang telah diberikan. Tetapi memang challenging habis. abih challenging sebab duk dengan sorang mamat nie.

Monday, January 04, 2010

Komuter pertama - Aina Aleesya 6 Bulan

Aina masa pakai baju baru beli kat pureen


Pada cuti ari tu kami sekeluarga berbondong-bondong naik komuter ke SOGO. Letih nya sebab berat Aina masa tu dah hampir 10KG. Larat tak larat bawa dia jalan2. Tapi memang satu pendedahan buat Aina yang dah masuk 6 Bulan.