Thursday, November 11, 2010

PETUA SEBAGAI PEDOMAN

                  Seorang wanita YANG solehah adalah lebih BAIK daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


               Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


                Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


               Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


                 Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, November 10, 2010

Bijak Memilih

Sunnatullah, yang terbaik adalah yang akan menjadi pilihan. Walaupun di kalangan yang buruk-buruk, pasti yang terpilih adalah yang terbaik antara yang buruk tersebut.

Makanan terbaik di dunia, adalah pilihan Rasulullah SAW, seperti buah tin, delima, habbatus sauda, kismis, kurma, madu, minyak zaitun dan saffron. Saffron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang amat banyak kegunaannya, dijadikan rempah dan membuat minyak wangi. Makanan2 tersebut mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, malah hingga kini dikormesialkan untuk kegunaan kita pula.

Dalam hal memilih jodoh juga kita disarankan memilih, yakni memilih yang terbaik. Yang paling utama ialah baik dalam hal agamanya.

Walaupun setiap manusia sudah ditetapkan qada dan qadar hidupnya, terutama perkara yang tidak dapat diubah lagi contohnya kematina, namun selagi belum sampai masanya, kita ada pilihan untuk yang terbaik. Misalnya jika sakit, kita berhak memilih rawatan terbaik, hospital terbaik dan sebagainya.

Kesimpulannya hidup ini adalah berdasarkan pilihan.

Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah, atau mengingkari perintah-Nya. Allah sudah memberi petunjuk-Nya melalui Nabi yang diutuskan dan kitab yang diturunkan. Menjadi pilihan kita sama ada mahu mendalami as-sunnah dan al-kitab atau cuma hidup sesuka hati sahaja.

Malah kita diberi pilihan samada mahu memilih syurga atau neraka. Di dalam al-Quran terkandung ancaman dan berita gembira, yakni ancaman azab terhadap mereka yang beramal buruk, dan berita gembira tentang kenikmatan syurga kepada yang beramal soleh. Tidak ada malaikat yang datang menunjuk kita jalan ke syurga. Kerana itu adalah pilihan kita untuk merintis jalan yang mana yang kita mahu.

Di dalam hidup ini, kita teramat merdeka untuk membuat pilihan. Semasa di bangku persekolahan kita boleh memilih untuk menjadi pelajar yang baik atau pelajar nakal. Kita boleh memilih aliran pengajian kita. Setelah bekerja kita boleh memilih untuk menjadi pekerja yang rajin main FaceBook di frontdesk buat kerja atau pekerja yang malas macam ular sawa kenyang. Kita boleh memilih untuk bekerja dengan penuh dedikasi atau sekadar ala kadar.

Meskipun setiap benda yang berlawanan dengan kebaikan, salah satu puncanya ialah syaitan, namun kita harus ingat, di akhirat syaitan tidak akan bertanggungjawab di atas apa pilihan yang kita buat. Kita yang memilih untuk mengikut jalan mereka. Mereka tidak salah, malah mereka telah menunaikan janji terhadap Allah bahawa mereka akan menyesatkan anak Adam.

Dalam situasi sekarang ini, misalnya isu selepas Bajet 2011, isu selepas Pilihanraya Galas dan sebagainya,kita boleh memilih untuk berfikiran lebih jauh atau berfikiran sempit. Kita boleh terus membaca mobilekini ataupun meningkatkan skill berfikir dengan membaca bahan yang lebih berfaedah, ataupun dengan bertanya kepada orang yang tahu. Pendek kata, kita boleh memilih untuk meneruskan pemikiran yang sempit atau berusaha untuk menaik taraf konteks kita dalam berfikir.

Kita boleh memilih untuk terus menjadi anjing yang menyalak membuta tuli atau bersikap matang dengan bertanya kepada sumber sebenar akan sesuatu kemusykilan. Ianya sama lah seperti sebuah majalah gossip yang menghebahkan hal dalam kain artis, tanpa mereka sendiri masuk ke dalam kain tersebut. Kemudian bertindak seolah2 sebagai hero dengan informasi dari “sumber yang boleh dipercayai”.

Pilihan itu sebenarnya tidak boleh ditentukan oleh sesiapa, kerana ia berkaitan dengan mindset, cara hidup, pergaulan, suasana dan pengaruh sekeliling. Misalnya orang hulu macam saya mempunyai sifat rendah diri melampau yang menyebabkan saya tidak ada kekuatan untuk menegur KRU yang menggalakkan gadis2 terkinja2 dengan muzik khayalan mereka. Tapi seorang teman saya bertindak menghantar surat, menelefon, menghadiahkan mereka kaset-kaset (perasaan sungguh old-school) dan buku-buku berguna agar KRU tidak menghanyutkan gadis2 usia persekolahan dengan lebih jauh. Saya di situ cuma boleh bercakap belakang2 saja tentang KRU, tapi kebenaran tentang KRU hanya diketahui oleh teman saya yang berhubung dengan mereka.

Kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang positif atau negatif. Kita boleh memilih untuk melakukan yang baik atau yang keji. Kita boleh memilih untuk membantu orang atau menyusahkan orang. Kita boleh memilih untuk mengikut jalan yang biasa atau road less travel. Kita boleh memilih untuk mengambil risiko atau play safe. Jadi semuanya terletak di tangan kita. Nantinya tubuh badan kita yang akan menjawab di sana kelak, bukan orang lain.

Jadi kita harus bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita.

Oh itu cuma mukaddimah sahaja.

So, kita boleh memilih untuk buat sekarang atau buat tahun depan, atau 10 tahun akan datang.