Thursday, September 30, 2010

Makan best

Biase la kalau nama jamuan hari raya jabatan memang gempak -- tapi kali memang terbaik menu yang berlainan sedap lagi lazat...menyelerakan Cuma agak tidak menyenangkan terasa masa hari nie singkat......sebab nyer jamuan yang dijadualkan kul 11 pagi tapi telah terlewat sejam..al maklumkan kul 3 petang ade dah meeting...

Tuesday, September 28, 2010

Opes- Kerosakkan Laciku

Ini la rupa laci aku yang rosak - laci yang bhg atas sekali pi anta repair sebab rosak

















Walaupun dah kembali aku punya laci tuh kepangkuan ku --nampak cantik tak berlubang tapi --- still tak leh guna jugak sok sek sok sek sebab problem kunci huhu sodeh2 ----belum boleh berfungsi sepenuhnyeeee















Monday, September 27, 2010

terujanyer....

Lama betul tidak menulis di blog nie, banyak sebenarnya hendak dikongsikan tetapi disebabkan ketiadaan mood menulis menyebabkan hasrat tergendala.

Banyak perubahan yang telah berlaku terutama pada perkembangan diri aku yang dah masuk penghujung trimester ke- 2, kadar penyusuan Aina Aleesya, keletah Aina Aleesya perkembangan yang sentiasa ada sahaja akal yang dia nak dibuat. Biasalah budak yang tengah membesar sentiasa ingin explore mende-mende baru menyebabkan kita kadang-kadang rasa kagum rasa kebesaran Allah tuh Wah...cukup kita rasa Ya Allah bersyukurnya dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita berbanding dengan orang lain.

Melihat perkembangan anak yang meningkat 14 bulan, cukup teruja dan tak sabar meniti hari dengan perubahan dan keletah2 anak Al maklum la anak baru sorang . W/pun Keadaan aku yang agak teruk sensitif nyer berbanding masa mengandungkan Aina Aleesya dulu, sekarang nie kandungan telah dah masuk 6 bulan,sepatutnya aku dah senang tiada alahan tetapi sehingga sekarang masih mengalaminya, kadang2 menyekat kerja2 aku,apa yang ketara aku sentiasa murung --- mujurlah ada suami yang memahami dan banyak membantu selama ini.

Betul lah kata orang setiap anak tuh tak sama. Itulah yang aku alami sekarang. Apa pun aku tetap bersyukur.

Sekarang berat mama pun dah mencapai 71 Kg dari 63Kg penyusuan Aina tidak sekerap semasa sebelum-sebelum nie, alhamdullilah dia telah di berikan susu soya sebagai tambahan makanan pelengkap zat yang diperlukan. Cuma yang menyedihkan hasrat aku untuk tidak memperkenalkan garam dan gula kepada Aina Aleesya amat mengecewakan dan tidak mendapat sambutan dan kerjasama. Mungkin ketidakfahaman tentang kaedah pemakanan baby - my MIL - (malas nak kecik kan hati dia) so setakat nie aku buat diam nak buat cam ner. Aina Aleesya dah tak mengikut cara pemakanan yang aku inginkan. Sabar jer la midah...