Thursday, January 15, 2009

KFC

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru memboikot barangan Amerika atau Israel. Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim berkata, tiada bukti menunjukkan KFC menyokong atau menjayakan tindakan Israel ke atas Palestin. "Saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan, menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel. "Umat Islam atau warganegara Malaysia khususnya perlu kurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkaan milik Amerika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang Amerika semata-mata. " "Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik, saya pernah membicarakan perkara ini beberapa kali dalam ceramah-ceramah saya, pendekatan yang lebih wajar dan logik adalah kita ramai-ramai usahakan untuk mendapatkan KFC dari Amerika," katanya ketika ditemui sidang media Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin. Beliau berkata, kita boleh mengambil pedoman dari syarikat India yang mengambil alih perniagaan besi dunia". "Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun. " "Majoriti pekerja KFC dan Pizza Hut beragama Islam dan jadi kita perlulah sedar hakikat ini .